Pages

Thursday, 18 December 2014

Kehalusan Seni Ukiran Kayu Melayu Tradisional di Setapak Kuala lumpur.

Kehalusan Seni Ukiran Kayu Melayu Tradisional di Setapak Kuala lumpur.
 pengenalan
          Ukiran kayu boleh didefinisikan sebagai hasil seni rupa tradisional melayu yang terunggul pada zaman dahulu. Sejarah seni ukiran di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu atau Salalatus Salatin dikatakan seni ukiran melayu tradisional telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu.
          Pada  ketika itu, orang melayu sudah mula memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran melayu tradisional. Seni ukiran dalam kehidupan masyarakat melayu dapat dilihat melalui ukiran-ukiran yang boleh didapati di istana ,masjid , rumah kediaman, makam, kepala sampan, perabot, senjata, dan peralatan kegunaan harian. Raja–raja zaman dahulu telah memainkan peranan penting dalam memperkembangkan dan menghidupkan suasana seni ukiran yang unik serta memerlukan penelitian  yang lebih semasa mengukirnya.
          Ukiran kayu pada zaman dahulu dapat bertahan selama beratus-ratus tahun kerana pengukirnya telah menggunakan kayu-kayan yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan ukirannya. Kayu-kayu yang tahan lama ialah kayu cengal,kayu merbau , kayu kempas, kayu penak, kayu bacang hutan dan kayu-kayu lain yang kerkualiti tinggi. Ukiran kebiasaannya menghiasi pintu , tingkap, cucur atap, kisi-kisi tingkap, tiang-tiang seri dan beberapa bahagian dalam rumah. 
          Sehingga kini peninggalan istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran kayu yang diterapkan pada istana-istana tersebut . Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutamanya di Kelantan ,Melaka ,dan Negeri Sembilan.

          Hasil seni ukiran telah  menerapkan unsur-unsur alam sekitar serta cara hidup sebagai identiti ukiran mereka. Mengikut kajian , motif ukiran adalah berasaskan ajaran kesufian . Misalnya ,reka corak bermula pada suatu tempat di dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Motif-motif yang digunakan melibatkan awan larat atau ragam hias yang diambil daripada unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos, dan bentuk geometri.

No comments:

Post a Comment